Thursday, 11 December 2014

'Progress' Kerja TITAS

Alhamdulillah, akhirnya kerja kumpulan kami sudah sampai ke penghujungnya. Temu ramah dan soal selidik telah berjaya disiapkan. Terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan dan sudi meluangkan sedikit masa mereka untuk kami. Ustaz Mohammad Ali Nor, terutamanya, atas kesudian beliau membantu kami dalam temu ramah tersebut. Kami tidak menemu ramah beliau secara langsung tetapi melalui laman sosial. Hal ini membuktikan bahawa laman sosial boleh dijadikan sebagai satu medium untuk berdakwah dan pembelajaran dan bukan untuk hiburan semata-mata.










Temu ramah bersama Ustaz Mohammad Nor Ali

Borang soal selidik

Gambar ini diambil semasa responden sedang menjawab borang soal selidik

Monday, 8 December 2014

Kesimpulan Tamadun Islam dan Pengenalan Tamadun Melayu

Pada 14 November yang lepas, setelah mempelajari tamadun Islam, ustazah telah membuat satu kesimpulan berkenaan tamadun ini. Perkara yang menjadikan  tamadun Islam berbeza daripada tamadun yang lain ialah tamadun ini mengingatkan manusia tentang hakikat diri mereka. Tamadun Islam adalah satu tamadun yang menyenangkan dan menenangkan kerana sesuai dengan fitrah manusia lalu Islam mengenalkan manusia tentang siapa diri mereka yang sebenar. Dalam tamadun ini, zaman yang paling sempurna ialah zaman Rasulullah S.A.W.

Berkenaan tamadun Melayu pula,bangsa Melayu adalah mereka yang beragama Islam, menuturkan Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Pada zaman dahulu, Kepulauan Melayu digelar Nusantara. Keistimewaan Islam di Nusantara ialah Islam datang daripada susur galur ahlul bait iaitu keluarga Rasulullah S.A.W. Islam yang datang ke Nusantara juga adalah bersih dan murni kerana bebas dari kepercayaan sesat seperti syiah dan terus daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Selain itu, Islam di Nusantara berbentuk tauhid tasawwuf atau tauhid amali.

Tuesday, 28 October 2014

Pembentangan Tamadun Yunani

Pada 3/10/2014,
kami sekumpulan telah membentangkan tugasan kami iaitu Tamadun Yunani. Pembentangan ini dilakukan melalui padlet :
http://padlet.com/titas2014/tamadunyunani

Link ini akan menceritakan lebih lanjut mengenai apa yang kami bentangkan pada hari itu.

''Briefing'' Pembentangan Titas

Pada 19/9/2014 yang lalu, kami telah diberi penerangan oleh Ustazah Mahfuzah mengenai pembentangan yang akan kami lakukan untuk semester ini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara rawak.Pada mulanya ustazah menanyakan soalan pada kami dan sesiapa yang dapat menjawabnya akan berpeluang untuk menjadi ketua kumpulan. Namun, kami tidak memberikan respon lalu ustazah, dengan persetujuan kami dan rakan-rakan yang lain memutuskan agar ketua kumpulan dipilih secara rawak agar masa tidak terbuang. 

Untuk pembentangan tersebut, terdapat 12 ketua kumpulan. Setiap kumpulan pula mempunyai 8 orang ahli. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk mengkaji kaum yang terdapat di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.
Disebabkan setiap kumpulan hanya mempunyai 8 ahli, maka kami pada mulanya tidak termasuk dalam senarai 12 kumpulan tersebut. Atas sebab-sebab tertentu, kami bercadang untuk membentuk sebuah lagi kumpulan. Setelah rakan kami bertanya kepada ustazah, ustazah pun memberikan kebenaran kepada kami. Lalu kami diberi tajuk baru iaitu Ketauhidan dan Kesedaran Bertuhan Orang Melayu. Untuk tugasan minggu ke-4 berkaitan dengan tamadun, kami mendapat tajuk Tamadun Yunani.